selamat berfikir dan berkongsi idea

saya mengalu alukan komen anda..

Monday, March 15, 2010

Toleransi Melayu

Orang Melayu merupakan penduduk majoriti Malaysia.Definisi Melayu adalah Seorang yang beragama Islam bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu serta lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.Selain Melayu,Malaysia turut diduduki kaum bukan bumiputera seperti kaum cina dan India.
Sebagai penduduk majoriti Malaysia,kaum Melayu mempunyai tanggungjawab sebagai pemimpin utama Malaysia.Kaum Melayu perlu menerima hakikat bahawa Malaysia perlu dikongsi bersama kaum kaum yang lain.Di dalam perkongsian,toleransi yang tinggi amat penting dalam menjamin kesejahteraan negara seperti Malaysia.
Dalam mengamalkan toleransi,kaum Melayu perlu mempunyai model yang kukuh .Sebagai Melayu yang bergelar muslim,kita perlu mencontohi model toleransi yang ditunjukkan oleh Junjugan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.Ketika pembukaan Madinah,baginda dapat menyatukan kaum Muhajirin yang berasal dari Mekah dan kaum Aus dan Khajraj atau lebih dikenali sebagi kaum Ansar yang merupakan penduduk asal kota Madinah.Baginda telah menggunakan pendekatan Islam sebagai satu medium yang memberikan kaedah toleransi yang berkesan.Toleransi yang diamalkan Rasulullah turut dapat dirasai oleh penduduk Yahudi dan Nasrani Madinah.
Konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhomat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan satu medium yang baik dalam mengamalkan toleransi.Suasana politik semasa memerlukan toleransi yang berkesan lebih lebih lagi daripada kaum Melayu .Konsep 1Malaysia mungkin masih baru dan banyak perkara perlu dibuat penambahbaikan.Lebih cantik lagi jika konsep ini mengadaptasikan toleransi yang diamalkan oleh Islam.Perkara ini secara langsung dapat menaikkan nama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia sepertimana yang termaktub didalam perlembagaan.

Friday, February 26, 2010

KEMARAU MELANDA PANTAI TIMUR

Musim kemarau kini sedang melanda kawasan Pantai Timur dan bahagian Utara Semenanjung Malaysia.Kemarau ini telah melanda Semenanjung Malaysia sejak sebulan yang lalu.Kemarau ini disebabkan oleh krisis pemanasan global yang menjadi topik perbualan saintis masa kini.
Kemarau ini sedikit sebanyak menyulitkan para petani dan peladang kerana tanaman kekurangan air.Di sesetengah tempat,tanaman menjadi kering dan merugikan para petani.Baru baru ini seorang warga emas terbunuh akibat terjatuh kedalam jerami yang dibakar olehnya sendiri.
Kebakaran hutan dan semak cukup mudah untuk berlaku ketika ini.Semak samun boleh terbakar hanya kerana puntung rokok yang dibuang.Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka kerana risiko kebakaran dan jerebu.

Sunday, February 7, 2010

news lead

TELUK INTAN: Tumbukan bertalu-talu ke muka seekor harimau sambil menjerit sekuat hati menyelamatkan penduduk Orang Asli, Yok Meneh Yok Din, 47, daripada dibaham �Pak Belang� yang menerkamnya ketika mencari petai di kawasan hutan, kira-kira 1.3 kilometer dari rumahnya di Kampung Ras, dekat Sungkai, kelmarin.

NILAI 6 Feb. - Malaysia kini seakan-akan menjadi sasaran 'serangan' penyeludup dadah apabila seorang demi seorang rakyat negara Iran ditahan oleh pihak berkuasa kerana cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu.

Selepas 10 warga Iran ditahan sejak awal tahun ini kerana kesalahan menyeludup syabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi tiga lagi warga Iran ditahan kerana cubaan menyeludup 54 kilogram dadah jenis itu.

KUANTAN: Seramai 26 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam Ops Taubat, awal pagi tadi.

"Ketika serbuan dibuat, rata-rata mereka sedang khayal dan rancak menari diiringi muzik keras sambil berpelukan bersama pasangan masing-masing dengan botol arak di tangan, perbuatan mereka ini memang keterlaluan dan melampau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Friday, January 29, 2010

pergi tak kembali

Sedar atau tidak,hampir sebulan kita telah melayari tahun 2010.Pelbagai peristiwa penting telah berlaku walaupun tahun 2010 dikira masih terlalu awal.Januari 2010 boleh dianggap bulan kehilangan atau kesedihan.Ini kerana ramai pemimpin negara telah gugur pada bulan ini.Kehilangan yang paling besar tentu sekali dirasai rakyat Johor dengan mangkatnya Alharhum sultan Iskandar.Rakyat Malaysia turut meratapi pemergian YAB Tun Mohamad Rahmat atau lebih dikenali sebagai Tok Mat.
Sudah menjadi lumrah,setiap yang hidup pasti merasai mati.Dalam konteks pemimpin,kehilangan mereka pasti akan dikenang.rakyat akan mengenang apa yang telah dilakukan oleh pemimpim-pemimpin berkenaan.Sama ada baik atau buruk,ia pasti dinilai oleh rakyat.Kesedihan yang dirasai oleh rakyat mungkin sekali ada kena mengena dengan jasa pemimpin yang telah pergi.
Apabila yang lama telah pergi,sudah pasti yang baru bakal menjelma.Bak kata pepetah,yang patah tumbuh,yang hilang berganti.Kemunculan generasi baru bakal menggantikan yang telah ada dan akan pergi.Sama ada yang baru bakal meneruskan legasi kepimpinan yang ada atau merubah sedikit apa yang ada sekarang atau ada yang lebih berani membangkitkan revolusi.Jika ada sesuatu yang kurang,pembetulan adalah sangat diperlukan.
Apa yang mustahak ialah,yang masih bernyawa mestilah meneruskan hidup dan membaiki diri.Manakala yang telah pergi kita doakan kesejahteraan mereka.Semoga roh dicucuri rahmat Yang Maha Esa.Al_Faatihah....

Tuesday, January 26, 2010

Pelajar universiti dan perihal assingment...


Pelajar universiti tidak dapat lari dari menerima assigment.sama ada malas atau rajin,pelajar tidak ada alasan untuk tidak menyiakan assignment.Hal ini demikian kerana assignment adalah penting untuk menentukan tahap pemahaman dan kemahiran pelajar didalam sesuatu kursus.

Didalam usaha pelajar untuk memenuhi segala jadual yang telah diperuntukkan oleh pihak universiti,pelbagai cabaran ditempuhi oleh para pelajar agar tidak ketinggalan dalam sesuatu kursus yang diambil.Tidak dinafikan kehidupan sebagai pelajar universiti amat meletihkan.Namun dengan perancangan yang teliti dan rapi,pasti ada masa yang boleh digunakan untuk berehat dan melepaskan tekanan minda.Cara yang paling mudah semestinya tidur yang mencukupi.

Harus diingat bahawa beban kerja kursus atau assignment yang bertimbun bukanlah alasan untuk boleh meninggalkan solat.Perkara sebegini biasa berlaku lebih lebih lagi bagi pelajar yang kurang pegangan agama.Carilah keredhaan dan kerahmatan dari Allah.insyaAllah,ketenangan akan datang daru jiwa yang bersih.

Sunday, January 24, 2010

Manusia dan perihal kemodenan


Manusia adalah sebaik baik kejadian walaupun dicipta dari tanah.Manusia juga diciptakan sebagai khalifah.Manusia juga diciptakan sebagai khalifah yang beriman,boleh berfikir dan beramal.Tetepi,mengapa semakin moden dunia hari ini,manusia menjadi semakin celaru.

Topik ini cukup menaik untuk dibincangkan kerana ia melibatkan diri kita sendiri sebagai manusia atau turut dikenali sebagai insan.Mungkin ada diantara kita yang tertanya -tanya apakah kaitan manusia dan zaman yang semakin moden.apakah maksud moden itu sendiri?mungkin secara ringkas,moden adalah tahap atau prestasi manusia yang semakin maju dengan teknologi atau inovasi hasil dari pemikiran manusia.
Berbalik kepada persoalan mengapa manusia semakin celaru apabila dunia semakin moden.Pada pendapat saya,kemajuan dan kemodenan mestilah seiring antara rohani dan jasmani.Apabila teknologi semakin maju,kerohanian manusia juga haruslah kuat seiring dengan kemajuan.Hal ini demikian kerana,teknologi boleh membuatkan manusia terlalu bergantung kepada logik akal serta eksperimen sains untuk memikirkan sesuatu perkara dengan meminggirkan dalil wahyu sebagai hujah.Ini menyebabkan manusia merasakan bahawa semua perkara yang terjadi dimuka bumi ini sebenarnya dapat dilihat dan logik.pemikiran sebegini terbukti sesat dan merosakkan akidah khususnya umat Islam.

Allah menganugerahkan manusia akal untuk berfikir dan melantik rasul-rasul sebagai pembimbing manusia kejalan kebenaran.Selagi manusia terus berpegang kepada al-quran dan as-sunnah,manusia tidak akan sesat walau semoden mana pun teknologi.







Wednesday, January 20, 2010

cabaran sebagai ahli baru uitm

Baru baru ini,hampir seribu calon lepasan SPM,STPM & diploma telah mendaftar sebagai pelajar baru uitm.Pendaftaran pelajar baru bermula pada 27 disember 2009.Mereka telah diberi pendedahan selama seminggu mengenai uitm melalui minggu mesra siswa(mms).

Apabila telah bergelar siswa,pelbagai cabaran bakal mendatang.kemunculan Januari,2010 telah disambut dengan pelbagai konteroversi isu isu semasa.perkara sepertu ini sedikit sebanyak bakal mempengaruhi siswa siswi khususnya di uitm.