Orang Melayu merupakan penduduk majoriti Malaysia.Definisi Melayu adalah Seorang yang beragama Islam bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu serta lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.Selain Melayu,Malaysia turut diduduki kaum bukan bumiputera seperti kaum cina dan India.
Sebagai penduduk majoriti Malaysia,kaum Melayu mempunyai tanggungjawab sebagai pemimpin utama Malaysia.Kaum Melayu perlu menerima hakikat bahawa Malaysia perlu dikongsi bersama kaum kaum yang lain.Di dalam perkongsian,toleransi yang tinggi amat penting dalam menjamin kesejahteraan negara seperti Malaysia.
Dalam mengamalkan toleransi,kaum Melayu perlu mempunyai model yang kukuh .Sebagai Melayu yang bergelar muslim,kita perlu mencontohi model toleransi yang ditunjukkan oleh Junjugan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.Ketika pembukaan Madinah,baginda dapat menyatukan kaum Muhajirin yang berasal dari Mekah dan kaum Aus dan Khajraj atau lebih dikenali sebagi kaum Ansar yang merupakan penduduk asal kota Madinah.Baginda telah menggunakan pendekatan Islam sebagai satu medium yang memberikan kaedah toleransi yang berkesan.Toleransi yang diamalkan Rasulullah turut dapat dirasai oleh penduduk Yahudi dan Nasrani Madinah.
Konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhomat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan satu medium yang baik dalam mengamalkan toleransi.Suasana politik semasa memerlukan toleransi yang berkesan lebih lebih lagi daripada kaum Melayu .Konsep 1Malaysia mungkin masih baru dan banyak perkara perlu dibuat penambahbaikan.Lebih cantik lagi jika konsep ini mengadaptasikan toleransi yang diamalkan oleh Islam.Perkara ini secara langsung dapat menaikkan nama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia sepertimana yang termaktub didalam perlembagaan.
Monday, March 15, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)