selamat berfikir dan berkongsi idea

saya mengalu alukan komen anda..

Sunday, February 7, 2010

news lead

TELUK INTAN: Tumbukan bertalu-talu ke muka seekor harimau sambil menjerit sekuat hati menyelamatkan penduduk Orang Asli, Yok Meneh Yok Din, 47, daripada dibaham �Pak Belang� yang menerkamnya ketika mencari petai di kawasan hutan, kira-kira 1.3 kilometer dari rumahnya di Kampung Ras, dekat Sungkai, kelmarin.

NILAI 6 Feb. - Malaysia kini seakan-akan menjadi sasaran 'serangan' penyeludup dadah apabila seorang demi seorang rakyat negara Iran ditahan oleh pihak berkuasa kerana cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu.

Selepas 10 warga Iran ditahan sejak awal tahun ini kerana kesalahan menyeludup syabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi tiga lagi warga Iran ditahan kerana cubaan menyeludup 54 kilogram dadah jenis itu.

KUANTAN: Seramai 26 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam Ops Taubat, awal pagi tadi.

"Ketika serbuan dibuat, rata-rata mereka sedang khayal dan rancak menari diiringi muzik keras sambil berpelukan bersama pasangan masing-masing dengan botol arak di tangan, perbuatan mereka ini memang keterlaluan dan melampau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment