selamat berfikir dan berkongsi idea

saya mengalu alukan komen anda..

Friday, January 29, 2010

pergi tak kembali

Sedar atau tidak,hampir sebulan kita telah melayari tahun 2010.Pelbagai peristiwa penting telah berlaku walaupun tahun 2010 dikira masih terlalu awal.Januari 2010 boleh dianggap bulan kehilangan atau kesedihan.Ini kerana ramai pemimpin negara telah gugur pada bulan ini.Kehilangan yang paling besar tentu sekali dirasai rakyat Johor dengan mangkatnya Alharhum sultan Iskandar.Rakyat Malaysia turut meratapi pemergian YAB Tun Mohamad Rahmat atau lebih dikenali sebagai Tok Mat.
Sudah menjadi lumrah,setiap yang hidup pasti merasai mati.Dalam konteks pemimpin,kehilangan mereka pasti akan dikenang.rakyat akan mengenang apa yang telah dilakukan oleh pemimpim-pemimpin berkenaan.Sama ada baik atau buruk,ia pasti dinilai oleh rakyat.Kesedihan yang dirasai oleh rakyat mungkin sekali ada kena mengena dengan jasa pemimpin yang telah pergi.
Apabila yang lama telah pergi,sudah pasti yang baru bakal menjelma.Bak kata pepetah,yang patah tumbuh,yang hilang berganti.Kemunculan generasi baru bakal menggantikan yang telah ada dan akan pergi.Sama ada yang baru bakal meneruskan legasi kepimpinan yang ada atau merubah sedikit apa yang ada sekarang atau ada yang lebih berani membangkitkan revolusi.Jika ada sesuatu yang kurang,pembetulan adalah sangat diperlukan.
Apa yang mustahak ialah,yang masih bernyawa mestilah meneruskan hidup dan membaiki diri.Manakala yang telah pergi kita doakan kesejahteraan mereka.Semoga roh dicucuri rahmat Yang Maha Esa.Al_Faatihah....

No comments:

Post a Comment