selamat berfikir dan berkongsi idea

saya mengalu alukan komen anda..

Sunday, January 24, 2010

Manusia dan perihal kemodenan


Manusia adalah sebaik baik kejadian walaupun dicipta dari tanah.Manusia juga diciptakan sebagai khalifah.Manusia juga diciptakan sebagai khalifah yang beriman,boleh berfikir dan beramal.Tetepi,mengapa semakin moden dunia hari ini,manusia menjadi semakin celaru.

Topik ini cukup menaik untuk dibincangkan kerana ia melibatkan diri kita sendiri sebagai manusia atau turut dikenali sebagai insan.Mungkin ada diantara kita yang tertanya -tanya apakah kaitan manusia dan zaman yang semakin moden.apakah maksud moden itu sendiri?mungkin secara ringkas,moden adalah tahap atau prestasi manusia yang semakin maju dengan teknologi atau inovasi hasil dari pemikiran manusia.
Berbalik kepada persoalan mengapa manusia semakin celaru apabila dunia semakin moden.Pada pendapat saya,kemajuan dan kemodenan mestilah seiring antara rohani dan jasmani.Apabila teknologi semakin maju,kerohanian manusia juga haruslah kuat seiring dengan kemajuan.Hal ini demikian kerana,teknologi boleh membuatkan manusia terlalu bergantung kepada logik akal serta eksperimen sains untuk memikirkan sesuatu perkara dengan meminggirkan dalil wahyu sebagai hujah.Ini menyebabkan manusia merasakan bahawa semua perkara yang terjadi dimuka bumi ini sebenarnya dapat dilihat dan logik.pemikiran sebegini terbukti sesat dan merosakkan akidah khususnya umat Islam.

Allah menganugerahkan manusia akal untuk berfikir dan melantik rasul-rasul sebagai pembimbing manusia kejalan kebenaran.Selagi manusia terus berpegang kepada al-quran dan as-sunnah,manusia tidak akan sesat walau semoden mana pun teknologi.







No comments:

Post a Comment