selamat berfikir dan berkongsi idea

saya mengalu alukan komen anda..

Tuesday, January 26, 2010

Pelajar universiti dan perihal assingment...


Pelajar universiti tidak dapat lari dari menerima assigment.sama ada malas atau rajin,pelajar tidak ada alasan untuk tidak menyiakan assignment.Hal ini demikian kerana assignment adalah penting untuk menentukan tahap pemahaman dan kemahiran pelajar didalam sesuatu kursus.

Didalam usaha pelajar untuk memenuhi segala jadual yang telah diperuntukkan oleh pihak universiti,pelbagai cabaran ditempuhi oleh para pelajar agar tidak ketinggalan dalam sesuatu kursus yang diambil.Tidak dinafikan kehidupan sebagai pelajar universiti amat meletihkan.Namun dengan perancangan yang teliti dan rapi,pasti ada masa yang boleh digunakan untuk berehat dan melepaskan tekanan minda.Cara yang paling mudah semestinya tidur yang mencukupi.

Harus diingat bahawa beban kerja kursus atau assignment yang bertimbun bukanlah alasan untuk boleh meninggalkan solat.Perkara sebegini biasa berlaku lebih lebih lagi bagi pelajar yang kurang pegangan agama.Carilah keredhaan dan kerahmatan dari Allah.insyaAllah,ketenangan akan datang daru jiwa yang bersih.

No comments:

Post a Comment